Thursday, February 14, 2013

Melawat Kebajikan oleh Pengerusi KERABAT Kelantan pada 15.00hrs 14.2.2013

Siapa Peduli ...........Mat Lawi bin Razak Bekas Anggota Komando (T1058401) berusia 51 tahun mula khidmat pada 1982 dan ditamatkan perkhidmatan pada 08.08.1988 setelah 6 tahun berkhidmat dan berlaku THTC kerana tidak tahan dengan perkhidmatan. Beliau melarikan diri dan serah diri semula untuk menamatkan perkhidmatan secara terhormat. Berkahwin dengan gadis Melaka semasa berkhidmat di 11 RGK dikurniakan 7 orang anak dan seorang daripadanya mengalami kecacatan terkena jangkitan demam panas (POLIO) tak dapat berjalan sejak dari kecil. berpindah balik ke Kelantan lebih kurang 5 tahun yang lalu disebabkan kesempitan hidup. kini beliau menumpang dirumah tumpang milik tuan kebun tempat beliau bekerja sebagai penjaga kebun pisang dengan pendapatan lebihkurang RM700/bulan. tinggal dalam satu rumah kecil dihuni oleh beliau suami isteri serta 5 orang anak dan 6 cucu. anak anak yang lain ditingalkan di Melaka menjaga ibu mertuanya yang juga dalam keaadaan uzur.




c




.Kepada mereka yang simpati mohon bantua rumah, beliau mempunyai 1.5 ekar tanah pusaka dari arwah ibunya untuk dirikan rumah sendiri tapi tidak mampu untuk membinanya menyebabkan dia hanya menumpang di bangsal milik tuan punya kebun tempat dia bekerja.



Anak ke 5 dari 7 adik beradik yang mengalami kecacatan sejak kecil akibat demam panas (POLIO)


No comments:

Post a Comment