Tuesday, February 19, 2013

Ceramah Isu isu Semasa Dan Penerangan KERABAT

 CERAMAH DAN PENERANGAN ISU ISU SEMASA KERABAT

.

Ybhg. Haji Afandi YDP PAS Lawasan Jeli


YB. Aziz b Derahman Ketua Perhubungan PKR Kelantan.
Penceramah penceramah Jemputan Ceramah isu isu semasa di Batu Melintang



Pengerusi Kerja KERABAT Caw. Jeli 
En Harun..


29.12.2012
Bersana Saudara Cikgu Bad semasa cerama isu semasa di Kg. Ipoh


Sunday, February 17, 2013

Borang menjadi AHLI KERABAT

Hasil berbincang dengan rakan ex-service


 Saudara saudari ex-service disini kami paparkan sedikit luahan hati rakan rakan kita bekas Tentera setelah kami round seluruh Kelantan mendengar rintihan dan harapan mereka kepada KERABAT. seperti kita lontarkan pandangan berkatan 8 resolusi yang diserahkan oleh President KERABAT Lt. kol (B) Tuan Haji Nazari bin Haji Mokhtar kepada Pimpinan PR, Rata rata yang kesempitan hidup menaruh harapan besar dengan cadangan itu, ada sedikit pengharapan selepas buntu memikir nasib mereka yang tiada tempat mengadu. memang telah wujud JHEV dan Persatuan Bekas Perajurit disetiap daerah. tapi tidak banyak membantu hanya sekadar berbincang dan hasil perbincangan hanya mati diseparuh jalan menyebabkan mereka tidak berminat dengan berpesatuan ini tidak banyak boleh membantu sebab di kokong dengan kuasa politik RIMBA.

CUBA KITA SIKAP SINARIO SEORANG ANGGOTA TENTERA

      Disebabkan kesempitan hidup yang ingin  membina sebuah hidup baru apabila dewasa mereka memilih menjadi TENTERA setelah peluang lain gagal diperolehi oleh pelbagai bagai sebab antara contoh kronism semasa pemilihan kerjaya, Kegalan sijil persekolah yang tercicir disebabkan kenakalan semasa remaja. jalan terakhir memilih bidang ketentereaan sebagai kerjaya hidup, sedikit saja mohon jadi tentera disebabkan semangat waja untuk tujuan keselamatan negara tapi majoroti kerana ingin mulakan hidup apabila menjadi dewasa dan bakal mengetuai keluarga dan dijadikan Tentera sebagi kerjaya mereka, Bukan senang nak menyertai kerjaya tentera ini, pelbagai halangan dan prosedur terpaksa di lepasi dan ada juga yang kecundang diseparuh jalan. Yang berjaya melepas halangan pertama semasa pemilihan, kedua menamatkan rikrut dan melepasi peringkat peringkat tertentu untuk untuk menjadi soldadu/perajurit. Sumpah "TAAT SETIA" menjadi benteng kepada ketahan diri. Diasuh dengan disiplin yang mantap dan dilatih dengan ketahanan mental dan fizikal untuk demi kelangsungan jika sebarang risiko yang akan ditempuhi. Pelbagai bidang dipilih daripada peringkat profesinal sehingga keperingkat GD (general Duties). Contoh Juru terbang bukan sekadar berlatih memndu kapal terbang atau jet pejuang tapi dilatih sebagai juruterbang peperangan tak sama dengan juru terbang awam yang sedia ada. Pegawai Perubatan dilatih sebagai Pegawai Perubatan yang bersedia bertempur jika perlu, Jurutera, pendidikan, pemandu kenderaan, mekanik, aporetor talipon dan sebagainya sangat luar biasa kemahiran mereka. Pelbagai tekanan semasa berkhidmat sangat sangat berbeza dengan kehidupan awam (sivilion). Zaman remaja dihabiskan untuk berbakti kepada tanah air walau asalnya hanya untuk mendapatkan kerja untuk kelangsungan hidup seterusnya. tidak sempat menabung, tidak sempat untuk meneroka tanah hutan rizab kerajaan dan tiada waktu membina kehidupan sendiri. Hanya yang telah berfikir matang saja kadang kadang mencuri peluang untuk menambah rezeki selain dari gaji yang lain majoriti hanyut dibawa zaman. itulah realiti kehidupan dialam perkhidmatan perajurit.

Apa Mereka Dapat Selepas Bersara????

1. Sedikit imbuhan dari kerajaan hasil dari menabung 10% dari gaji dipaksa labur sebagai simpanan selepas bersara.
2. Dengan ketiaadaan tempat tinggal sebab semasa khidmat tinggal di quaters kerajaan, terpaksa membeli sejengkal tapak rumah dengan nilai diatara RM15k - ke RM35K mengikut keadaan.
3. Membina rumah hasil dari imbuhan simpanan dalam sekitr RM30k- sehingga RM50K mengikut lebihan kewangan yang ada.
4. Membeli sebuah kereta yang sederhana sekitar RM15k - 25k kerana keperluan.
5.  Mengeluarkan sedikit modal untuk menyewa tanah pertanian atau membuat modal sebagai saleseman yang berjaya ditapak pasar malam sekitar RM1k - RM2k mengikut kesesuai perniagaan.
6. Ada yang membeli kereta terpakai dijadikan kereta sewa atau sebagai kereta prebet sapu (kadang2  itulah kereta cari makan dan kereta itulah bagi kegunaan harian.

RINTIHAN KAMI BEKAS TENTERA 

1. Berapa jumalah royalti.imbuhan dari kami dapat ????
RM100 k - ke RM200k mengikut pangkat dan tempoh perkhidmatan

2. Berapa banyak pencen 50% dari gaji terakhir kami sekitar perkhidmatan dari 1957 m- sehingga tempoh pencen tahun 2000m
sekitar  Rm400.00 sehingga RM1200.00, mengikut pangkat. dan tempuh peringkat bawah (under rank).

PEBELANJAAN PESARA.BERPENCEN ATAU TIDAK BERSPENCEN

1. Kalau kita memiliki rumah yang sedikit selesa dengan kemudahan api/air letrik ,telipon dan bil internet

Sekitar Rm 250.bulan

2. Memiliki sebuah kereta yang selasa sedikit spt Wira/.Iswara
Kos minyak sebulan sekitar RM400.00

3. Mempunyai 5 anak 2 IPt dan 3 sekolah biasa
sekitar RM400.00 sebulan

Tiada wang untuk riadah keluarga jauh sekali menunaikan haji ditanah suci.

manakan tidak menjadi sekuriti
manakan tidak menjadi kuli bawa lori tokey besar
manakan tidak menjadi tukang kebun di pusat pengajian
manakan tidak menjaja nasik lemak diwarung warung.
lebih sedih menjadi penyamun dan kaki ragut.
menjadi ketagih dan kaki judi.

kerajaan baru PR sekiranya menawan PUTRAJAYA kami mahu perubahan ini, kami tidak mengharapkan kekayaan cukuplah sekadar selesa hidup menuju ke hari tua.

Jangan hanya kami di sebut dijulang pada HARI PAHLAWAN'
disebut berterima kasih dihari perayaan ditayang dikaca kaca tv pengorbanan kami bekas tentera, jadikanlah satu realiti kehidupan kami.

WAHAI LTAT, KERA DIHUTAN DISUSUKAN, KAMI MATI KELAPARAN.
RM69 ++++++++++ billion LTAT ada fikirlah sesuatu.

Pengerusi KERABAT kelantanMej (B) MOHD YUSOF MAT ALI ( TUDM)



Thursday, February 14, 2013

Melawat Kebajikan oleh Pengerusi KERABAT Kelantan pada 15.00hrs 14.2.2013

Siapa Peduli ...........Mat Lawi bin Razak Bekas Anggota Komando (T1058401) berusia 51 tahun mula khidmat pada 1982 dan ditamatkan perkhidmatan pada 08.08.1988 setelah 6 tahun berkhidmat dan berlaku THTC kerana tidak tahan dengan perkhidmatan. Beliau melarikan diri dan serah diri semula untuk menamatkan perkhidmatan secara terhormat. Berkahwin dengan gadis Melaka semasa berkhidmat di 11 RGK dikurniakan 7 orang anak dan seorang daripadanya mengalami kecacatan terkena jangkitan demam panas (POLIO) tak dapat berjalan sejak dari kecil. berpindah balik ke Kelantan lebih kurang 5 tahun yang lalu disebabkan kesempitan hidup. kini beliau menumpang dirumah tumpang milik tuan kebun tempat beliau bekerja sebagai penjaga kebun pisang dengan pendapatan lebihkurang RM700/bulan. tinggal dalam satu rumah kecil dihuni oleh beliau suami isteri serta 5 orang anak dan 6 cucu. anak anak yang lain ditingalkan di Melaka menjaga ibu mertuanya yang juga dalam keaadaan uzur.




c




.Kepada mereka yang simpati mohon bantua rumah, beliau mempunyai 1.5 ekar tanah pusaka dari arwah ibunya untuk dirikan rumah sendiri tapi tidak mampu untuk membinanya menyebabkan dia hanya menumpang di bangsal milik tuan punya kebun tempat dia bekerja.



Anak ke 5 dari 7 adik beradik yang mengalami kecacatan sejak kecil akibat demam panas (POLIO)


Taklimat KERABAT di DUN Meranti. Pasir Mas

Tajuk: kenapa Kebajikan Rangkaian Bekas AT (KERABAT) perlu di Perkasakan.

1.
Sebagai kuasa pengimbang kepada Jab. Hal ehwa Veteran (JEV) dan Persatuan Bekas Tentera (PBT)
Ramai diantara bekas tentera sama ada berpencen atau tidak terlepas pandang atau diabaikan        kebajikan disebabkan pelbagai sebab.dan maksud
2.
Pendekatan diambil oleh KERABAT ialah sama sama bergading bahu menentukan kebajikan sesama kita dan sama sama menuntut sebagai hak dan sama sama menikmati kesaksamaan antara kita.


Sebahagian kehadiran Bekas Tentera pelbagai perkhidmatan dan kor yang hadir
 



Turut Hadi Bekas Pegawai JEN Mej(B) Buang, Pengerusi, Timbalan Pengerusi, dan  S/U PBT Pasir Mas. turut hadir Ketua UPU Meranti yang juga bekas ATM

Penerangan KERABAT oleh Pengerusi KERABAT Kelantan Mej (B) Mohd Yusof bin Mat Ali (TUDM)

Wednesday, February 13, 2013

PELANCARAN KEBAJIKAN RANGKAIAN BEKAS ANGKATAN TENTERA MALASIA (KERABAT)

DILETAKAN DIBAWAH SAYA PENYOKONG PARTI PAS DIDOKONG OLEH PANGKATAN RAKYAT (PR)



Tuesday, February 12, 2013

LOGO KERABAT (Kebajikan Rangkaian Bekat AT Malaysia)

KEBAJIKAN RANGKAIAN BEKAS AT MALAYSIA

Lt. Col Nazari Presiden KERABAT MALAYSIA

 Mej (B) Yusuff Mat Ali (Pengerusi KERABAT Kelantan. 
Bersama S/U KERABAT MALAYSIA di Majlis Pelancaran Kerabat Kelantan..

DITUBUHKAN SEMPENA DENGAN MUKTAMAR PAS 2011 DIIPOH DAN KERABAT KELANTAN DI LANCARKAN PADA OGOS 2012 DISTADIUM SULTAN MUHAMMAD IV.