Sunday, September 25, 2011

Salam, selamat hari raya dan selamat hari kemerdekaan

Lama tak up date setelah pemergian bonda tercinta, sehingga hari raya dan hari kemerdekaan ke 54 pun terasa diabaikan. kini sudah 4 minggu boda tersayang meninggalkan vcofitrah abemat.

kepada saudar2 dan para pelanggan yg. budiman ini no. tel terkini saya yg. selalau dalam poket
012 7003141 yg. lama masih digunakan. dan FB saya www.fitrahbumi@gmail.com / vcofitrah abemat

Monday, August 29, 2011

KEPERGIAN BONDA TERCINTA KEMBALI KERAHMATULLAH







Pada 25.8.11 bersamaan 25 Ramadhan 1432 h. lebih kurang antara jam 4.00 am hingga 4.45 am aku dikejutkan dgn. satu panggilan talipon dari Adinda bongsu bahawa BONDA tercinta Sakinah Binti Ibrahim @ bt Bedah telah tidak bangun dari tidur apabila dikejutkan untuk bersahur.
Lantaran hiruk pikuklah dirumah usangku yang menyatakan BONDAKU telah menjadi kaku hanya ayahda saja berada disisi tanpa disedari isteri tercintanya telah tidak bernafas lagi.
Pagi yang selalunya hening sambil menjamah juadah bersahur seperti lazimnya bertukar tanpa juadah bersahur lagi, aku mendapat panggilan telipon dari adinda bongsuku terus terpaku sewaktu baru nak mulakan bersahur pada pagi itu. dunia terasa kelam sekali.
Hari ini telah masuk hari kelima pemergian BONDA tercinta dan besok hari lebaran akan menjelma, Tiada keindahan lagi utk. disambut oleh keluarga kami, walaupun semua keluarga kami dapat berkumpul seperti kelaziman setiap tahun namun amat berbeza sekali pada kali ini. Aku redha dengan pemergian mu bondaku "TAMATLAH SUDAH TUGASMU SEBAGAI SEORANG, SEBAGAI SEORANG ISTERI, SEBAGAI SEORANG PENDIDIK, SEBAGAI SEORANG PEMERINTAH, SEBAGAI SEORANG HAKIM, SEBAGAI SEORANG PEGUAM. TUGASMU SEGALA GALANYA. SEMUANYA TELAH SELESAI" tinggalah kami yang akan meneruskan perjalanan yang jauh dan sukar ini tanpa bimbingan mu lagi.
Pilu, sedih, hiba tak dapat digambarkan dengan kata kata hanya hati yang merintih pilu setiap detik setiap kerlipan mata.
Semoga permergianmu BONDA TERCINTA ditempatkan bersama sama orang2 yang beriman seperti yang dijanjikan oleh maha penciptanya. aku yakin BONDA pergi dalam keadaan aman sejahtera, wajahmu kelihatan tenang dan ceria sewaktu kau menutup mata terakhir. Aku penuh yakin BONDA ku pergi dengan penuh jaya setelah berhempas pulas mendidikan kami Lapan (8) beradik yang penuh sukar, berbagai kerenah dan peel kami yang nakal kau lalui penuh ketenangan.
"YA ALLAH SESUNGGUHNYA IBUKU AMAT SABAR DAN PENUH KASIH SAYANG DAN AMAT MENGERTI PEEL PERANGAI KAMI. TEMPATKANLAH ROH DAN JASAD BONDA KAMI DITEMPAT YANG SEWAJARNYA DENGANKETULUSAN BONDA TERCINTA.
"Amin Amin Ya Rabialami" Insyaalah.


Tuesday, July 12, 2011

Harga telah berubah disebabkan bahan2 mentah telah meningkat terutama sekali KELAPA meningkat 100%.. bahan2 tambahan lain juga meningkat KESULITAN AMAT DIKESALI. para pemborong merunggut, pengguna bertambah merungut. Pengeluar terpaksa hentak kepala. Demi pengguna yang setia pengeluar hanya menghadkan pengeluaran. sementara menunggu situasi ekonomi berubah semula. SEKALI MOHON MAAF KEPADA PENGGUNA.

15gm/seketul dari RM 5.00 kepada RM 7.00 - harga runcit
1 dozen/kotak dari RM 30.00 kepada RM50.00 - harga borong

VCO 85ml meningkat kepada harga RM25.00/btl - jualan runcit
VCO 60ml meningkat kepada harga RM 17.00/btl - jualan runcit

Kepada Pengguna dan Pengedar yang budiman, Hakikat permasaalahan Iklim ekonomi semasa tidak dapat tidak kita pengguna yang akan menanggungnya _MAKLUM_.

Wednesday, January 12, 2011

Cara Jadi Pengedar Barangan Fitrah

Anda bakal pengedar kami ??
Nak tahu cara pembelian ??
Nak jadi pengedar.
Senang je !!

Bank in wang pembelian
Produk akan di poskan segera
Kos pos ditanggung oleh syarikat mengikut tema dan syarat

1. Cara jualan + Trading
2. Kos Pengedar 100% untung
- Harga seketul 15gm sabun = Jualan Runcit RM 5.00
- Harga Pengedar RM 2,50
- 50gm Sabun = Jualan Runcit RM 15.00
- Harga Pengedar RM 7.50
- 1 bekas mengandungi 20 ketul = RM 50.00

Minimum Order 10 bekas. = RM500.00

3. VCO 85ml
4 Kos Pengedar lebih kurang keuntungan 70%
- harga runcit RM 20.00/btl
- Harga Pengedar RM 150.00/doz = 12 btl
- Minimum Order 4/doz = RM 600.00

Nota: Untuk keterangan lanjut call - 014 8056255 atau 010 9191949 AbeMat VCOFitrah
atau FB je fitrahbumi@gmail.com

Kursus Lagi

Hari ni 13.hb. Jan 2010, jam 5.00 ptg. akan ke Pantai Melawi, Bachok untuk menjalani satu lagi kursus kepimpinan. Akan menginap di sebuah Chalet Ridwan disana. dijangkakan kursus selama 3 hari. semoga aku tidak menguzurkan diri. Insyaalah Tema Kursus "Berjuang untuk Kehidupan"