Thursday, July 2, 2015

25 Ramadhan 1436 H, Genap 4 tahun permergian BONDA TERCINTA SAKINAH BINTI IBRAHIM



KEPERGIAN BONDA TERCINTA KEMBALI KERAHMATULLAH


Pada 25.8.2011 M, bersamaan 25 Ramadhan 1432 H. Lebih kurang antara jam 4.00 am hingga 4.45 am aku dikejutkan dgn. satu panggilan talipon dari adinda bongsuku bahawa BONDA tercinta Sakinah Binti Ibrahim @ bt Bedah telah tidak bangun dari tidur apabila dikejutkan untuk bersahur. Lantaran itu hiruk pikuklah dirumah usangku yang menyatakan BONDAKU telah menjadi kaku hanya ayahanda saja berada disisi tanpa disedari isteri tercintanya telah tidak bernafas lagi.
        Pagi yang selalunya hening sambil menjamah juadah bersahur seperti lazimnya bertukar tanpa juadah bersahur lagi, aku mendapat panggilan telipon dari adinda bongsuku terus terpaku sewaktu baru nak mulakan bersahur pada pagi itu. dunia terasa kelam sekali.
Hari ini telah masuk hari kelima pemergian BONDA tercinta dan besok hari lebaran akan menjelma, Tiada keindahan lagi utk. disambut oleh keluarga kami, walaupun semua keluarga kami dapat berkumpul seperti kelaziman setiap tahun namun amat berbeza sekali pada kali ini. Aku redha dengan pemergian mu bondaku "TAMATLAH SUDAH TUGASMU SEBAGAI SEORANG, SEBAGAI SEORANG ISTERI, SEBAGAI SEORANG PENDIDIK, SEBAGAI SEORANG PEMERINTAH, SEBAGAI SEORANG HAKIM, SEBAGAI SEORANG PEGUAM. TUGASMU SEGALA GALANYA. SEMUANYA TELAH SELESAI" tinggallah kami yang akan meneruskan perjalanan yang jauh dan sukar ini tanpa bimbingan mu lagi.
Pilu, sedih, hiba tak dapat digambarkan dengan kata kata hanya hati yang merintih pilu setiap detik setiap kerlipan mata.
Semoga permergianmu BONDA TERCINTA ditempatkan bersama sama orang2 yang beriman seperti yang dijanjikan oleh maha penciptanya. aku yakin BONDA pergi dalam keadaan aman sejahtera, wajahmu kelihatan tenang dan ceria sewaktu kau menutup mata terakhir. Aku penuh yakin BONDA ku pergi dengan penuh jaya setelah berhempas pulas mendidikan kami Lapan (8) beradik yang penuh sukar, berbagai kerenah dan peel kami yang nakal kau lalui penuh ketenangan.
"YA ALLAH SESUNGGUHNYA IBUKU AMAT SABAR DAN PENUH KASIH SAYANG DAN AMAT MENGERTI PEEL PERANGAI KAMI. TEMPATKANLAH ROH DAN JASAD BONDA KAMI DITEMPAT YANG SEWAJARNYA DENGANKETULUSAN BONDA TERCINTA.
"Amin Amin Ya Rabialami" Insyaalah.
Kini beberapa hari saja lagi  25 Ramadhan 1436 H Bersamaan 12Hb. Jul 2015 genaplah 4 tahun pemergian BONDA TERCINTA yang telah mengadap Maha Pencipta Seluruh Alam.
Al- Fatihah Bonda Tercinta.

No comments:

Post a Comment